Bertemu lagi kita dalam topik yang berkaitan dengan penerbitan buku sendiri atau “self publish” yang dimana anda semua telah berminat atau berjaya menghasilkan karya penulisan sendiri. Bagi anda yang belum membaca artikel kami yang lepas, anda boleh rujuk pada  topik Rupanya Ini Cara Penulis Berjaya Menerbitkan Buku Sendiri. Kali ini, kami ingin memperjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ISBN yang perlu ada pada setiap buku terbitan anda.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan ISBN ?

(sumber rujukan: https://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/18)

International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.

ISBN yang diperoleh hendaklah dicetak di belakang muka surat judul dan belakang kulit buku.

Contoh Nombor ISBN

ISBN 978-983-99557-1-2 – ISBN 13 angka

(Ini antara contoh bahagian belakang kulit buku yang mempunyai nombor ISBN)

Struktur Pada ISBN

Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN dalam huruf tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian, tiap-tiap bahagian dipisahkan oleh satu jarak atau tanda sempang.

 

Bahagian-bahagian tersebut adalah:

Bahagian A : Kod Industri Buku

Bahagian ini mewakili kod industri pebukuan yang digunakan pada peringkat antarabangsa.

Bahagian B : Identiti Kumpulan

Bahagian ini memberi identiti mengikut Negara, kawasan geografi atau kumpulan pernerbit.

Bahagian C: Identiti Penerbit

Bahagian ini memberi identiti kepada satu penerbit dalam sesebuah Negara atau kumpulan

Bahagian D: Identiti Judul

Bahagian ini memberi identiti kepada sesuatu judul atau edisi buku tertentu yang diterbitkan oleh sesuatu penerbit.

Bahagian E : Angka Kawalan

Angka Kawalan merupakan satu angka tunggal atau huruf X di hujung sepuluh angka ISBN. Angka ini mengawal secara automatic ketepatan nombor ISBN oleh sistem ISBN.

 

Boleh rujuk pada gambar rajah di bawah:

 

 

 

Dimana Nak Mohon Nombor ISBN ?

Untuk pengetahuan anda, Di Malaysia badan yang bertanggungjawab untuk menyelia dalam mengeluarkan nombor ISBN kepada mana-mana buku yang hendak diterbitkan adalah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). ISBN juga berfungsi untuk melindungi buku yang diterbitkan oleh anda daripada dicetak rompak oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Untuk anda yang pertama kali ingin memohon nombor ISBN, apa yang perlu dilakukan adalah melengkapkan set borang permohonan seperti berikut:

  1. PK.BPN(0).02.(B1) : Borang Permohonan menyertai program ISBN.
  2. PK.PBN (0).02(B2) : Borang permohonan nombor ISBN

Untuk mendapatkan borang-borang ini, anda perlu melayari laman rasmi PNM. (https://www.pnm.gov.my/)

Akan tetapi, suka kami ingatkan kepada anda agar anda menyiapkan terlebih dahulu manuskrip buku baik dari penulisan atau pengeditan sebelum permohonan ISBN dilakukan.

Langkah seterusnya, hantar borang PNM.PK.BPN(0).02.(B1) dan PNM.PK.PBN (0).02(B2) setelah lengkap diisi dan sertakan lampiran berikut:

  1. Salinan SSM (Jika berdaftar dengan SSM) atau salinan Kad Pengenalan (individu)
  2. Contoh cover kulit dalam bentuk PDF yang telah siap diedit dan design.
  3. Salinan mukasurat hakcipta seperti “Hak cipta terpelihara”

Mengikut laman rasmi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) , bermula 1 November 2019, semua permohonan ISBN perlu disertakan dokumen tambahan seperti berikut:

  1. Muka Surat Isi Kandungan
  2. Prakata
  3. Sinopsis

Untuk mendapatkan maklumat dan cara pemprosesan yang lebih terperinci tentang permohonan ISBN. Anda disarankan untuk terus melayari laman rasmi https://www.pnm.gov.my/ atau menghubungi mereka di talian 03-26814329, 03-26871825, 03-26871700.

Anda juga boleh melayari laman web kami https://www.uprint.com.my  untuk mendapatkan harga serta saiz buku sekiranya anda ingin memperolehi idea dalam penghasilkan buku.

Info Tambahan : ISBN Tidak Boleh Diguna Semula

Hal ini kerana , Nombor ISBN yang telah diperuntukkan TIDAK BOLEH  diguna semula kerana ianya menjadi tanggungjawab penerbit untuk memaklumkan kepada Pusat Kebangsaan ISBN sekiranya ISBN yang dipohon digunakan atau terdapat sebarang perubahan pada judul.