Setiap perniagaan memerlukan kaedah promosi baik dari segi fizikal perniagaan, bahan dan penjenamaan. Kebanyakkan usahawan ingin mengambil jalan mudah untuk meraih keuntungan tanpa memikirkan promosi yang sepatutnya. Perniagaan juga memerlukan kos promosi yang efektif bagi melangsungkan jualan nya. Tidak kira perniagaan yang kecil mahupun yang besar, semuanya memerlukan strategi dah kaedah yang betul.
Artikel kali ini kami akan berkongsi kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan dalam mempromosikan perniagaan mereka berdasarkan cara pemilihan bahan untuk dicetak :
Antara kesilapan yang tidak dipedulikan oleh usahawan :
- Lemah Dalam Mengenali “Brand Personality”
Pentingnya bagi usahawan untuk mengenali personaliti jenama kerana ianya dapat menentukan arah tuju promosi serta kaedah yang ingin diguna pakai untuk mengembangkan lagi perniagaan.
Apa yang berlaku adalah kebanyakkan para usahawan tidak meneliti serta mengenal pasti siapa target dan apa mesej yang boleh disampaikan berdasarkan jenama serta personaliti yang ada pada perniagaan. Sebagai contoh sekiranya bahan yang dicetak adalah “label sticker” bagi yang mengusahakan perniagaan produk kesihatan, mainan atau makanan, kebanyakkan daripada mereka tidak menggunakan elemen dan konsep yang seharusnya ditonjolkan berdasarkan produk yang mereka jual. Sebaliknya jika konsep sudah difahami, ianya memudahkan untuk menghasilkan warna,elemen yang perlu ada pada “label sticker” tersebut. Pemilihan jenis material juga memainkan peranan penting untuk menambahkan lagi “feel” pelanggan apabila melihat serta menyentuh bahan tersebut. Ini secara tidak langsung akan meninggalkan personaliti jenama kepada pelanggan.
- Pemilihan Kertas Yang Salah.
Apa yang dimaksudkan dengan pemilihan kertas yang salah adalah jika seorang usahawan ingin memasarkan perniagaannya melalui bahan cetakan seperti flyers, brochure atau apa-apa risalah sekalipun, mereka sering kali memilih jenis kertas yang tidak bersesuaian dengan promosi yang dijalankan.
Untuk pengetahuan, jenis kertas juga mempunyai tujuan dan ciri-cirinya tersendiri. Kertas mempunyai fizikal yang berbeza dari segi berat(gsm), permukaan dan warna.
Jika tersalah pilih berat atau permukaan kertas tersebut, sudah pasti bahan promosi anda tidak akan menarik dan mendapat tempat di hati bakal pelanggan. Sebagai contoh, jika usahawan atau peniaga mempromosikan jualan barang mewah seperti emas atau rumah, kebanyakkan daripada mereka ingin menjimatkan kos dengan mencetak menggunakan kertas simili 70 gsm atau 80 gsm sahaja. Dari situ, imej perniagaan akan kelihatan agak hambar jika dibandingkan dengan mencetak menggunakan kertas jenis art paper dan dikemaskan dengan lapisan laminate matte atau gloss.
- Tiada Kemasan Pada Bahan
Sesuatu produk akan kelihatan menarik sekiranya dihiasi dengan kemasan yang menyerlah. Akan tetapi,mungkin ada diantara usahawan merasakan ianya sesuatu pembaziran dan tidak memberikan apa-apa impak yang besar kepada perniagaannya. Sejujurnya ia bergantung kepada individu tersebut akan tetapi suka kami ingatkan yang ianya bukan lah sesuatu yang wajib ada, tetapi ianya merupakan salah satu kaedah psikologi mata untuk menarik pelanggan untuk lebih terpikat dengan bahan atau promosi perniagaan.
Sekiranya usahawan ingin memperkenalkan perniagaannya, antara bahan yang boleh digunakan adalah seperti kad perniagaan, poster , bunting , banner , risalah , stiker dan lain-lain lagi. Akan tetapi kesemua bahan-bahan ini perlu ditambahkan kemasan atau “finishing” bagi menarik lagi pelanggan. Penggunaan kemasan seperti laminate gloss dan matte bagi kad perniagaan atau risalah , die cut bagi potongan stiker akan menambahkan lagi tarikan bahan tersebut.
Jika ianya dicetak tanpa memberi sentuhan kemasan tersebut, daya tarikan pasti akan lebih berkurang dan mungkin sikit sebanyak tidak akan meninggalkan kesan pada bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada.
Pelbagai produk cetakan perlu dikenal pasti bahan serta kaedah penggunaannya kepada pelanggan supaya ianya dapat menyuntik dan memberi impak yang positif pada setiap perniagaan. UPrint menawarkan pelbagai jenis produk cetakan seperti banner, bunting , poster , kad perniagaan , stiker , brochure , flyers , booklet dan banyak lagi. Dan bukan itu sahaja, pemilihan bahan serta kemasan juga disediakan pelbagai jenis mengikut kesesuaian produk serta permintaan pelanggan.
Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan info atau boleh sasar terus ke online platform kami sama ada instagram , facebook serta website kami.