Adobe Illustrator telah diciptakan untuk menghasilkan design berasaskan vektor, font dan asas gambar. Dengan adanya perisian design ini, pereka grafik dan sesiapa sahaja boleh menghasilkan rekaan grafik dengan tepat sekali. Dari sudut percetakan pula, ternyata perisian Adobe Illustrator ini mampu memudahkan lagi hasil kerja cetak dimana artwork yang direka menggunakan perisian ini mampu di eksport menjadi fail PDF yang lengkap.
Terima kasih kerana masih membaca perkongsian kami, justeru kami lanjutkan topik pada hari ini berkaitan dengan cara untuk menghasilkan label sticker dengan cara yang mudah menggunakan perisian Adobe Illustrator serta mencari vektor yang sesuai untuk produk anda.
Bagi anda yang terlepas dengan topik kami berkenaan dengan laman web vektor terbaik, anda boleh pergi ke artikel Laman Web Grafik Vektor Terbaik Digunakan Untuk Design.
Seterusnya untuk anda yang belum mempunyai perisian Adobe Illustrator ini, anda perlu memasang(install) di laptop peribadi atau komputer anda terlebih dahulu. Anda boleh mendapatkan perisian ini di https://www.adobe.com/sea/creativecloud..
Manakala bagi yang sudah mempunyai perisian ini, anda boleh ikuti tips ini sambil anda memantapkan lagi kemahiran design anda.
Pertama, apa yang perlu dibuat adalah anda harus membuka perisian Adobe Illustrator dan kemudian anda bukakan dokumen baru (new document) dengan ukuran dan nama yang bebas. Anda harus menetapkan mode CMYK untuk tujuan percetakan. Ianya berbeza jika anda menetapkan pada mode RGB. Ini kerana mode RGB digunakan pada monitor sebagai wallpaper.
Contoh pada gambar dibawah (Versi Adobe Illustrator CS6)
(Paparan mungkin tidak akan sama bergantung kepada versi perisian adobe illustrator anda)
Perlu diingatkan setiap design anda yang ingin dicetak harus mempunyai garisan “ bleed “ iaitu garisan lebihan dimana artwork anda akan dipotong. Tujuan garisan bleed adalah untuk memastikan produk anda dipotong dengan tepat tanpa menampakkan lebihan atau warna putih.
Boleh rujuk pada imej di bawah untuk lebih kefahaman:
Jika anda dapat lihat garisan yang bertanda bleed atau berwarna ungu itu, ianya merupakan garisan lebihan untuk dipotong. Kebiasaanya anda boleh tetapkan ukurannya 3-5 mm atas,bawah kiri dan kanan
Garisan kuning tersebut merujuk kepada saiz produk anda yang asal dan garisan yang berwarna biru itu adalah “safe zone” atau kawasan selamat untuk anda mengaplikasikan ruang design anda agar ianya tidak terpotong.
Setelah anda mengenal pasti garisan-garisan tersebut, Tibalah masanya untuk anda memulakan karya kreatif anda.
Sebagai contoh, ini adalah design label sticker yang dibuat menggunakan perisian Adobe Illustrator. Seperti yang anda dapat lihat, grafik vektor dan penggunaan font telah diaplikasi kan dalam design ini.
Macam mana nak hasilkan design seperti ini ?
Mari kami tunjukkan contoh langkah mudah untuk menghasilkan label stiker:
- Design Background
Anda boleh dapatkan background atau latar belakang ini di laman web vektor secara percuma. Anda muat turun terus dan boleh digunakan dalam Adobe Illustrator.
- Produk Vektor
Bagi menunjukkan produk anda, anda juga boleh menggunakan grafik vektor yang sudah tersedia di laman-laman web vektor dan sudah semestinya resolusinya berkualiti.
- Banner atau Tanda
Anda boleh cari banner ini di laman web vektor dan pelbagai lagi bentuk dan rekaan yang menarik mengikut kesesuaian design produk anda.
- Penggunaan Font
Anda bebas menggunakan jenis font yang bagaimana dan warna font mengikut kreativiti anda. Pemilihan font serta warna memainkan peranan penting untuk menonjolkan lagi design anda.
Berikut hanyalah contoh untuk menghasilkan label stiker dengan cepat , menarik serta berkonsep. Anda disarankan untuk menambahkan lagi elemen-elemen yang sesuai seperti maklumat produk pada design tersebut. Maklumat produk juga perlu ada pada design anda bagi memudahkan pelanggan melihat serta mengetahui produk anda.
Setelah anda selesai menghasilkan design, anda boleh mencari kedai-kedai percetakan yang boleh mencetak label stiker pada kuantiti, kualiti serta harga yang menarik. Sekiranya anda ingin mengetahui tentang percetakan label stiker ini, UPrint menawarkan cetakan untuk anda dimana anda boleh mencetak serta memotong stiker tersebut pada bentuk yang diinginkan.
Maklumat lanjut layari www.uprint.com.my atau berhubung dengan kami di talian 601-92376082